Assalamualaikum, dan Salam sejahtera.. Hari ini, pukul 2am.. 11 June 2012.. saya dengan berani hati sudah bersedia untuk membuka blog persendirian ini untuk berkongsi suka duka saya dalam mengharungi hidup bersama anak saya Puteri Dayana yang akan berumur 6 tahun Ogos 2012 ini. Sememangnya ramai kawan kawan yang mengetahui perjalanan hidup saya dan juga kesakitan yang dihadapi oleh anak saya , Dayana atau lebih dikenali dengan nama Nana di kalangan keluarga saya..
Di atas ini gambar Dayana di ambil sekitar tahun lepas, 2011 di rumah kakak saya di melaka. Saya ada 2 orang kakak, seorang kahwin dengan orang Melaka dan menetap di sana, dan seorang lagi kakak yang tua, tinggal d Kuching.

saya mendoakan mudah2an Allah permudahkan perjalanan hidup anda dan juga Dayana. Setiap kejadian itu ada rahmatnya kerana Allah itu Maha Adil sifatnya.
BalasPadam